Kesatuan Pekerja-Pekerja Amanah Ikhtiar Malaysia Semenanjung Malaysia (KEPAIM) melalui Mesyuarat Agung DwiTahunan Kali Ke 5 pada 04hb. Julai, 2009 telah memutuskan untuk memohon kepada pihak Dato’ agar meluluskan pemberian Saguhati Penghargaan sebanyak 2 (dua) Bulan Gaji Pokok dan dengan kadar minima RM 2000 kepada semua pekerja AIM.
Berdasarkan kemampuan dan perkembangan AIM dewasa ini, wajar sekali para pekerjanya menerima saguhati penghargaan di atas kerja keras yang dilaksanakan dalam usaha peningkatkan produktiviti disamping memastikan kejayaan dan kelangsungan AIM.
KEPAIM berpendapat saguhati ini , begitu bermakna kepada golongan pekerja khasnya yang berpendapatan rendah bagi dimanafaatkan terutamanya sepanjang Ramadhan dan menjelangnya Syawal. Kemampuan perbelanjaan harian bagi pekerja bawahan tidak dapat ditampung sepenuhnya dengan pendapatan sedia ada memandangkan kenaikan harga barangan di pasaran lebih mendahului dari kenaikan gaji. Tanpa suntikan kewangan berupa saguhati kepada pekerja bawahan pastinya persiapan Aidilfitri untuk keluarga tidak dapat disempurnakan dan mungkin kemeriahan beraya di kampung terpaksa ditangguhkan.
KEPAIM juga berpendapat agar kadar minima diwujudkan dalam pembayaran saguhati kali ini kerana pekerja bawahan menerima gaji pokok yang kecil dan pemberian tanpa mempunyai nilai minima akan lebih menjurangkan kemampuan berbanding dengan pekerja yang berpendapatan besar.
KEPAIM juga berharap pemberian akhir Ogos ini bersamaan awal Ramadhan agar para pekerja dapat merancang perbelanjaan dan tidak berlaku seperti tahun-tahun sebelumnya di mana saguhati diterima pada saat akhir. Penerimaan saguhati di saat akhir berkemungkinan pekerja akan berbelanja tanpa perancangan disebabkan kesuntukan waktu.
KEPAIM amat berharap permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak Dato’ dan merayu agar tidak menghampakan permintaan dam harapan yang sentiasa menyokong dan melaksanakan arahan dan dasar AIM. pertimbangan dari pihak Dato’ didahului dengan jutaan terima kasih. Surat yang di hantar
Terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa kepaim yang sentiasa teliti dengan perkembangan semasa dan keadaan staff Aim keseluruhannya. Diharapkan pihak pengurursan dapat mempertimbangkan hal ini dengan mengambil kira semua kakitangan yang ada, bukan melihat pada individu yang tertentu sahaja, jika pihak pengurursan meluluskan pemberian saguhati ini ALHAMDULILLAH, jika sebaliknya saya mengucapkan ribuan-ribuan terima kasih kerana sudi membaca surat yang dihantarkan... wasalam

No comments:
Post a Comment