.

PEKERJA DI UTAMAKAN, ORGANISASI DI MAJUKAN

Wednesday, September 22, 2010

JEMPUTAN PROGRAM SAMBUTAN AIDILFITRI KAKITANGAN AIM WILAYAH SELATAN

Rujukan Kami : AIM/WS/100-01/06(3)
Tarikh : 20hb. September, 2010

Kepada
Pengurus-Pengurus Cawangan
AIM Wilayah Selatan

Tuan/Puan,

JEMPUTAN PROGRAM SAMBUTAN AIDILFITRI KAKITANGAN AIM WILAYAH SELATAN

Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Wilayah Selatan akan mengadakan Program Sambutan AidilFitri Kakitangan AIM
Wilayah Selatan pada ketetapan seperti berikut :-
Tarikh : 30hb. September, 2010 ( Khamis )
Masa : 08.00 Pagi hingga 03.00 Petang
Tempat : Mezzanine Floor, Royale Bintang Resort & SPA Seremban.
3. Semua kakitangan adalah diwajibkan hadir. Pihak Wilayah tidak menyediakan
penginapan. Bagi cawangan jauh dan memerlukan perjalanan awal perlu menguruskan
sendiri penginapan.
4. Pihak Cawangan yang terlibat dengan Mesyuarat Pusat pada tarikh berkenaan
diminta membuat perubahan hari Mesyuarat Pusat pada minggu berkenaan .
Sekian, terima kasih.
Yang diamanahkan,
……………………………………………
(ZUBAIRI BIN MOHD FADZIL)
Pengurus Wilayah
AIM Wilayah Selatan

-------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------

AGENDA PROGRAM SAMBUTAN AIDILFITRI KAKITANGAN AIM WILAYAH SELATAN
Tarikh : 30hb. September, 2010 ( Khamis )
Masa : 08.00 Pagi hingga 03.00 Petang
Tempat : Mezzanine Floor, Royale Bintang Resort & SPA Seremban.
Pakaian : Baju Melayu / Baju Kurung
08.00 Pagi : Pendaftaran
08.30 Pagi : Ceramah Motivasi
10.00 Pagi : Program AidilFitri
- Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
- Ucapan Aluan Pengerusi Kelab
- Ucapan Perasmian
- Persembahan Cawangan
- Jamuan Makan
01.00 T/hari : Pemilihan Peserta SUKAIM 2010
02.00 Ptg. : Majlis Bersurai
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh : 30hb. September, 2010 ( Khamis )
04.30 Ptg. : Latihan Sukan
07.00 Mlm : REHAT ( Penginapan Di Pejabat Wilayah & Caw. Seremban )
08.30 Mlm : Perbincangan Strategi Sukan ( Pejabat Wilayah )
10.30 Mlm : Majlis Bersurai
------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh : 01hb. Oktober, 2010 ( Jumaat )
08.00 Pagi : Latihan Sukan
12.00 T/hari : Bersurai

MENU JAMUAN DISEDIAKAN OLEH CAWANGAN-CAWANGAN
PROGRAM SAMBUTAN AIDILFITRI KAKITANGAN AIM WILAYAH SELATAN

Tarikh : 30hb. September, 2010 ( Khamis )
Masa : 08.00 Pagi hingga 03.00 Petang
Tempat : Mezzanine Floor, Royale Bintang Resort & SPA Seremban.
Pakaian : Baju Melayu / Baju Kurung

1. Pejabat Wilayah : Rendang Ayam
2. Seremban : Mee Kari
3. Kuala Langat : Kek
4. Kuala Pilah : Kuey Teow Goreng
5. Melaka : Rendang Daging
6. Muar : Lontong & Lodeh
7. Batu Pahat : Kuih Raya
8. Lipis : Ketupat
9. Temerloh : Lemang
10. Kuantan : Bihun / Mee Goreng
11. Rompin : Puding & Dadih
------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------

PEMILIHAN PESERTA SUKAIM 2010 WILAYAH SELATAN
1. Bola Sepak ( lelaki )
Pengurus : PC Ramli bin Che Harun ( Lipis )
Bilangan Peserta 16 : ( termasuk Simpanan )
2. Bola Tampar ( wanita )
Pengurus : PC Alini ( Muar )
Bilangan Peserta : 9 ( termasuk Simpanan )
3. Sepak Takraw ( lelaki )
Pengurus : PC Mohd Fauzi bin Ab Rahman ( Kuala Pilah)
Bilangan Peserta : 4 ( termasuk Simpanan )
4. Bola Jaring ( wanita )
Pengurus : PC Nizar ( Kuantan)
Bilangan Peserta : 10 ( termasuk Simpanan )
5. Badminton ( lelaki & wanita )
Pengurus : PC Rahim ( Seremban)
Bilangan Peserta : 10 ( tiada simpanan ) – 6 lelaki & 4 wanita
6. Carum ( Lelaki & Wanita ) Umur Lebih Dari 40 tahun
Pengurus : PC Izani ( Temerloh)
Bilangan Peserta : 5 ( tiada simpanan ) – 3 lelaki & 2 wanita
7. Dart ( Lelaki & Wanita ) Umur Lebih Dari 40 tahun
Pengurus : PC Ismail ( Melaka)
Bilangan Peserta : 3 ( tiada simpanan ) – 1 lelaki & 2 wanita
8. Paramedik
Bilangan Peserta : 2
1 lelaki & 1 wanita

Thursday, August 13, 2009

PEMBERIAN SAGUHATI PENGHARGAAN

Kesatuan Pekerja-Pekerja Amanah Ikhtiar Malaysia Semenanjung Malaysia (KEPAIM) melalui Mesyuarat Agung DwiTahunan Kali Ke 5 pada 04hb. Julai, 2009 telah memutuskan untuk memohon kepada pihak Dato’ agar meluluskan pemberian Saguhati Penghargaan sebanyak 2 (dua) Bulan Gaji Pokok dan dengan kadar minima RM 2000 kepada semua pekerja AIM.

Berdasarkan kemampuan dan perkembangan AIM dewasa ini, wajar sekali para pekerjanya menerima saguhati penghargaan di atas kerja keras yang dilaksanakan dalam usaha peningkatkan produktiviti disamping memastikan kejayaan dan kelangsungan AIM.

KEPAIM berpendapat saguhati ini , begitu bermakna kepada golongan pekerja khasnya yang berpendapatan rendah bagi dimanafaatkan terutamanya sepanjang Ramadhan dan menjelangnya Syawal. Kemampuan perbelanjaan harian bagi pekerja bawahan tidak dapat ditampung sepenuhnya dengan pendapatan sedia ada memandangkan kenaikan harga barangan di pasaran lebih mendahului dari kenaikan gaji. Tanpa suntikan kewangan berupa saguhati kepada pekerja bawahan pastinya persiapan Aidilfitri untuk keluarga tidak dapat disempurnakan dan mungkin kemeriahan beraya di kampung terpaksa ditangguhkan.

KEPAIM juga berpendapat agar kadar minima diwujudkan dalam pembayaran saguhati kali ini kerana pekerja bawahan menerima gaji pokok yang kecil dan pemberian tanpa mempunyai nilai minima akan lebih menjurangkan kemampuan berbanding dengan pekerja yang berpendapatan besar.

KEPAIM juga berharap pemberian akhir Ogos ini bersamaan awal Ramadhan agar para pekerja dapat merancang perbelanjaan dan tidak berlaku seperti tahun-tahun sebelumnya di mana saguhati diterima pada saat akhir. Penerimaan saguhati di saat akhir berkemungkinan pekerja akan berbelanja tanpa perancangan disebabkan kesuntukan waktu.

KEPAIM amat berharap permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak Dato’ dan merayu agar tidak menghampakan permintaan dam harapan yang sentiasa menyokong dan melaksanakan arahan dan dasar AIM. pertimbangan dari pihak Dato’ didahului dengan jutaan terima kasih. Surat yang di hantar

Terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa kepaim yang sentiasa teliti dengan perkembangan semasa dan keadaan staff Aim keseluruhannya. Diharapkan pihak pengurursan dapat mempertimbangkan hal ini dengan mengambil kira semua kakitangan yang ada, bukan melihat pada individu yang tertentu sahaja, jika pihak pengurursan meluluskan pemberian saguhati ini ALHAMDULILLAH, jika sebaliknya saya mengucapkan ribuan-ribuan terima kasih kerana sudi membaca surat yang dihantarkan... wasalam

Thursday, August 6, 2009

HADIS

Rasullullah SAW bersabda:

Muslim yakni orang islam itu adalah saudara muslim, tidak boleh menganiayanya dan tidak boleh membiarkannya ( jika dianiaya orang lain ). Barang siapa yang suka menolong hajat saudaranya, maka Allah akan menolong hajatnya. Barang siapa yang melapangkan kepada sesama muslim, sesuatu kesusahan dari sekian banyak kesusahan di dunia, maka Allah akan memberikan kelapangan kepadanya suatu kesusahan dari sekian banyak kesusahan pada hari khiamat. Barang siap yang menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari khiamat.


(riwayat bukhari)